Wednesday, September 2, 2009

Aktiviti bulan ramadhan

29/08/2009 Majlis berbuka puasa di masjid Ar-Armah Kg Pangkalan Asli bersama penduduk setempat. Pengisian dibulan ramadhan ini diisi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mappiase Palilu dari SMK Merotai Besar,disamping sumbangan cenderahati diberikan kepada petugas-petugas masjid serta ajk masjid yang sentiasa memberikan kerjasama setiap kali adanya aktiviti yang di jalankan di masjid ini.Acara ini merupakan acara atau aktiviti tahunan di bulan ramadhan.

29/08/2009 Berbuka puasa bersama Tan sri Dr Liew Yun Fah bertempat di Kampung Pangkalan Asli dikediaman En.Mohamad Fakir,sumbangan beras kepada anak-anak yatim dan warga tua turut diberikan sebelum berbuka puasa.Majlis seumpama ini merupakan acara tahunan yang dijalankan oleh beliau ketika menjadi adun Merotai Besar walaupun beliau tidak menjadi adun Merotai lagi beliau masih meneruskan niat murni untuk berbuka puasa bersama orang kampung halamanya.

31/08/2009 Bertempat di Masjid Hidayatul Iman Merotai Besar,majlis berbuka puasa bersama Datuk Ghaffur Hj Salleh,Datuk Hj Hamisah bte Samad,Yb Pang Yuk Ming. Pemberian wang zakat baitulmal oleh Majlis Agama Islam disempuranakan oleh Datuk Ghaffur Hj salleh seramai 60 orang penerima.Sumbangan duit raya dari Yb Pang Yuk Ming diserahkan sendiri oleh beliau kepada anak-anak yatim dan warga tua seramai 30 orang penerima.

05/09/2009 Majlis berbuka puasa bersama Pemuda UMNO,Jobmalaysia,Persatuan Belia Pangkalan Asli(PBPA).Acara majlis bermula pada jam 3 petang,dimana kaunter-kaunter pendaftaran dibuka untuk belia-belia kampung mendaftarkan diri di Jobmalaysia untuk carian kerja,majlis diserikan lagi dengan ceramah sempena bulan ramadhan.Majlis berbuka puasa diadakan di perkarangan balairaya GDW Kg Merotai Besar seramai 200 orang belia turut serta dalam majlis ini.

No comments: