Tuesday, April 14, 2009

Pengenalan Bomba Sukarela Zon Merotai




Bomba sukarela Merotai ditubuhkan pada tahun 2000 dengan ahli seramai 30 orang dan dipengerusikan oleh En.Muhamad bin Fakir. Pada tahun 2003
Pasukan bomba sukarela Merotai telah mendapat perhatian daripada YB Patawari b Patawe selaku Wakil Rakyat Merotai pada masa itu, kerajaan negeri telah memberikan sebuah pam untuk kegunaan bomba sukarela Merotai . Pada masa itu 2 orang ahli bomba sukarela telah meninggal dunia kerana sakit iaitu arwah KK Mohammad bin Jais dan Mohd Yusuf Long.

Pada tahun 2008, pasukan bomba sukarela Merotai telah terpilih menerima sebuah Jentera Bomba Arena, ketika itu YB.BRIG.JEN. DAtuk Dr Liew Yun Fah merupakan Wakil Rakyat Merotai. Beliau menyokong penuh dalam pertubuhan bomba sukarela Kg Merotai Besar untuk meneruskan usaha-usaha menyelamat dan memadam. Beliau juga menyumbang kepada persatuan bagi menghantar 3 orang wakil pasukan bomba sukarela iaitu En.Mohamad bin Fakir,Pengerusi Pasukan Bomba Merotai ke Kuala Lumpur,En.Mardiansah S.R Siregar dan En.Asbi Sadiqi bin Sadiq untuk menerima jentera tersebut dari YB Dato Seri Ong Ka Ting,Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Penyerahan kenderaan bombasukarela 100 unit dan 1 buah adalah untuk pasukan bomba sukarela Merotai penyerahan di buat di Stadium Nasional,Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 31 Januari 2008. Dan penyerahan kedua di Kota Kinabalu Sabah pada 29 Ogos 2008. Dengan penyerahan tersebut pasukan bomba sukarela memiliki sebuah jentera yang dilengkapi dengan peralatan memadam api dan 2 buah pam mudah alih.

Pada tahun 2009,Pertubuhan Bomba Sukarela telah mengadakan mesyuarat dan memutuskan YB Datuk Hj HAmisah Bte Samad dilantik sebagai penasihat dan telah menerima ahli baru untuk menjadi pelapis kepada ahli yang terdahulu. Kini pasukan sukarela Merotai memiliki jentera tambahan seperti sebuah kereta pacuan 4 roda,2 buah perahu Fiberglass dengan sebuah Enjin sangkut 15 HP,Trailer pengangkutan dan sebuah Motor Skuter Demak. Dan pasukan bomba sukarela zon Merotai telah banyak membantu usaha menyelamat dan mencari dlam tahun 2009. Dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau,pasukan bomba sukarela menjadi pasukan yang lebih berkemahiran dan bersemangat dalam menjalankan tugas-tugasmenyelamat dan mencari tanpa mengira waktu siang atau malam.

CARTA ORGANISASI BOMBA SUKARELA & PENYELAMAT ZON MEROTAI
PENAUNG : YBHG BRIG JEN TAN SRI LIEW YUN FAH
PENASIHAT : YB DATUK HJH HAMISA BTE SAMAD
PENGERUSI : EN MOHAMAD BIN FAKIR
TIM PENGERUSI : EN SURATMIN BIN JAIS
SETIAUSAHA : EN CHRISTIE MD HASSAN
PEN SETIAUSAHA : EN ABDUL HALIM BIN NANDU
BENDAHARI : TUAN HJ KURE BIN BENNU

KETUA-KETUA BIRO
KESELAMATAN : HASSANUDIN BIN SUMADI
PENDIDIKAN : PN SITI ROBASIAH BTE RAHMAT
KESENIAN & KEBUDAYAAN : PN ROSNAH BTE LASADE
SUKANEKA : PN RAYA BTE LATURAJAYA
AGAMA : TUAN IMAM USTAZ SAHIR BIN BAKRI
KEBAJIKAN : PN NORSIAH BTE KARRIM
KECERIAAN : PN MALA BTE ALIMUDDIN

AJK :-
PN MALA BTE ALIMUDDIN EN SAPRI BIN KASSIM
PN ROSNAH BTE LASADE EN DUMIT BIN ABD RASIT
EN MOHD JALAINI BIN CHACU
EN ADAM BIN SAHADAN
EN RIZAL BIN DULLAH
EN KASSIM BIN SAID
EN BAHARUM BIN KUMUT
EN MOHAMAD BIN SAMAT
EN MOHD LATIF BIN SARULLAH
EN SALMAN BIN SALLEH
EN EBNUSAMA BIN ALI
PN NORSIAH BIN KARIM
PN RUSNAINI BIN PILEH